Skop utama yang diketengahkan oleh Mobicow adalah trafik blog yang datang dari pengguna Smartfon dan Tablet. Seperti mana yang kita ketahui pengguna smartphone semakin meningkat saban hari dan boleh saya katakan tahun 2017 peratusan pengguna internet melalui smartphone lebih tinggi daripada deskop/laptop.
Mobicow mengandungi 3 jenis iklan yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu Interstitial, Popunder dan Popup. Bayaran Mobicow kepada publisher adalah melalui Akaun Paypal yang didaftarkan. Kebiasaannya Publisher Mobicow akan menerima bayaran pada 15th atau 17th setiap bulan. Bayaran dilakukan melalui matangwang USD, dan memang agak masyuk gak lah bila USD convert ke MYR.
Cara menjadi Publisher Mobicow
Tidak terdapat ketetapan yang dinyatakan oleh pihak Mobicow tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi menjadi Publisher mereka. Pengelaman saya semasa cuba menjadi publisher Mobicow saya gunakan blog saya yang memiliki template responsive.Anda hanya perlu pergi ke laman rasmi Mobicow kemudian masukkan URL blog yang anda ingin daftarkan. Setelah itu pilih jenis ads yang anda mahu run pada site anda kemudian klik generate code.
Kode ads yang telah anda generate perlu di letakkan di web/blog anda di atas tag </head>. Pihak Mobicow akan review permohonan anda, dan tidak sampai 24Jam anda akan dapat maklum balas dari mereka samada permohonan anda diluluskan atau ditolak.
Cara Cashout Earning di Mobicow
Anda tidak perlu cashout earning di Mobicow kerana pihak Mobicow menggunakan sistem autopay. Anda hanya perlu berikan email paypal anda pada akaun yang anda daftarkan. Pembayaran melalui paypal dilakukan pada 15th atau 17th setiap bulan.Bukti Pembayaran Mobicow
Berikut adalah bukti pembayaran dari Mobicow yang saya terima bulan lepas yang juga merupakan komision saya yang pertama melalui Mobicow.Komision Kedua Mobicow
Komision Ke 3 Mobicow
Komision Ke 4 Mobicow
Komision Ke 5 Mobicow
Bayaran yang saya terima adalah pada 17 haribulan. Apa yang saya boleh katakan, Mobicow adalah 100% dipercayai dan bukannya Scam seperti sesetangah syarikat pengiklanan.