Menghantar sitemap adalah cara yang mudah bagi membolehkan artikel anda di indeks dengan lebih mudah lagi.
Konsepnya cukup mudah, sekiranya anda ingin menuju satu destinasi yang baru bagi anda, anda akan menggunakan map sebagai panduan anda bagi mempercepatkan perjalanan anda.
Begitu juga dengan sitemap blogspot, ianya perlu di hantar di google webmaster bagi membolehkan kehadiran artikel yang anda terbitkan di sedari oleh robot-robot yang mengindeks artikel.
Saya akan tunjukkan kepada anda bagimana menghantar sitemap ke google webmaster dengan mudah.
Langkah 1:
Login ke Webmaster Tool dengan menggunakan email gmail anda
Langkah 2:
Klik Add a Site pada paparan webmaster Tool seperti mana yang saya terangkan dalam artikel Cara melakukan google site Verification
Langkah 3:
Pada bahagian menu sebelah kiri >> Klik Crawl >> Sitemaps
Langkah 4:
Klik Add/Test Sitemap
Langkah 5:
Masukkan >> feeds/posts/default?orderby=updated
Kemudian klik Submit Sitemap
Langkah 6:
Selaraskan penghantaran sitemap di google webmaster dan di setting search preferences robot.txt pada blogspot.
Login ke akaun blogspot anda. Dasboard >> Setting >> Search Preferences
Ikuti tutorial Cara Setting Robot.txt Pada Blogspot