Bagaimana memilih nama domain yang baik? Adakah ia sangat penting bagi mengukuhkan kekuatan SEO sesebuah blog? Bagi saya, ianya sangat penting sekiranya anda ingin menghasilkan blog yang berkualiti dan mudah diingati oleh pengunjung tegar blog anda. Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda titikberatkan semasa pemilihan nama domain.
Tips Pemilihan Nama Domain
1. Usahakan Pilih Nama Domain Yang Mengandungi Kata Kunci Utama
Nama domain mempengaruhi kedudukan anda untuk berada di top SERP. Apa yang mampu memenangkan anda adalah pengunaan kata kunci utama pada nama domain. Sebagai contoh blog anda memiliki nice informasi, jadi nama domain yang sesuai adalah infoanda.com. Kata kunci info yang anda gabunkan dengan perkataan anda sudah membantu penguasaan katakunci informasi di google search engine.2. Sebaiknya gunakan domain .com
.COM adalah merupakan TLD (Top Level Domain) yang paling mudah untuk diingat oleh orang. Sekiranya terdapat nama site yang sama, TLD .COM yang terlebih dahulu diuji oleh pengguna internet berbanding dengan .NET, .ORG, .INFO.3. Pilih Nama Domain Yang Mudah Dieja dan DiIngat
Nama domain yang mudah untuk dieja dan diingat membolehkan anda mendapatkan trafik percuma melalui direct link daripada pengikut tegar blog anda. Sekiranya blog anda berkonsepkan informasi, maka sebaiknya pilihlah nama domain yang mudah dieja dan diingat.4. Usahakan nama domain yang singat
Cuba dapatkan nama domain yang singkat dan padat. Ianya membantu pengguna internet mengingatnya dengan mudah. Semakin singkat nama domain, sudah tentu semakin mudah untuk diingat akan tetapi kebanyakan nama domain yang singkat telah pun digunakan oleh orang lain. Jadi usahakan nama domain yang singkat jika boleh.5. Jangan Gunakan Tanda Sengkang (-)
Tanda (-) akan mempengaruhi pengguna internet untuk mengingat nama domain anda. Kebarangkalian untuk pengguna internet menaip pada browser internet mereka secara direct link adalah berkurangan kerana mereka lupa untuk letakkan tanda sengkang (-). Sebaiknya jangan gunakan sengkang pada nama domain anda.6. Hindarkan pengunaan angka yang bergabung dengan perkataan.
Adalah disarankan agar anda tidak menggunakan nama domain yang menggunakan perkataan dan angka. Hal ini merumitkan proses indeksing berlaku kerana tidak menggunakan bahasa baku. Sebagai contoh akukaya7119.com7. Dapatkan Kata Kunci Yang Unik
Jika anda mampu mendapatkan kata kunci dalam bentuk yang unik yang jarang digunakan oleh orang lain adalah sangat baik bagi anda. Ianya penting bagi membolehkan pengunjung blog anda mengingatinya dengan mudah. Kusukaran turut dialami oleh saya sendiri bagi mendapatkan nama domain yang unik tetapi banyak dicari.8. Dapat Sekarang Juga!
Anda boleh mendapatkan sekarang juga nama domain yang sudah anda pilih. Pembelian nama domain boleh dilakukan melalui netkl.com, godaddy.com, etcSekian itu sahaja tips ringkas hari ini, bagaimana mendapatkan nama domain yang baik dan seterusnya mampu memperkukuhkan kekuatan SEO blog anda dengan penglibatan pengunaan kata kunci pada nama domain.