Adakah Usia blog mempengaruhi pada peringkat carian engine google? Jawapannya adalah YA. Ya tidak bermaksud blog yang sudah berusia adalah blog sudah mesra di engine carian tetapi blog yang mempunyai reputasi tinggi. Apakah yang di maksudkan dengan blog yang mempunyai reputasi tinggi? Blog yang memiliki reputasi tinggi adalah blog yang memiliki alexa ranking yang cukup ramping.
Berdasarkan kepada kajian yang saya lakukan terhadap blog utama saya dengan niche yang baru iaitu www.rahmadgraphic.my ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk artikel saya terindeks di search engine dan 4 bulan di perlukan untuk artikel saya kekal pada top 5 SERP. Seterusnya saya memerlukan 6 bulan untuk membina site link pada blog saya dengan menggunakan kata kunci "rahmad graphic".
Jadi apa yang saya dapat simpulkan adalah membina blog memerlkan sedikit masa untuk mengukuhkan kedudukan di carian engine. Dalam erti kata lain, blogging adalah suatu perkara yang memerlukan kesabaran. Jika anda buat blog hari ini dengan url blog baru, maka jangan terlalu berharap artikel anda sudah berada di carian engine google 3-7 hari kemudian.
Kehadiran oleh blog anda akan di sedari oleh google robot yang berfungsi untuk mengindeks kandungan blog anda adalah dengan melakukan optimasi on page seperti mana yang telah saya terangkan sebelum ini. Bagaimana pula google mengukur reputasi sesebuah blog itu baik atau tidak? Sudah pasti yang menjadi ukuran adalah jumlah backlink yang banyak, sktruktur template yang tersusun, rutin update yang dilakukan setiap hari serta kandungan yang berkualiti yang tidak terdapat copy dan paste.
Apakah kelebihan yang di miliki buat blog yang sudah bereputasi tinggi? Sudah pasti kelebihan utama blog seperti ini adalah dari segi penguasaan kata kunci di mana ianya mampu menguasi kata kunci yang pendek dan bersaing di top SERP. Bagaimana pula dengan blog baru? Macam mana nak bersaing dengan blog yang sudah bereputasi tinggi. Hanya terdapat satu cara yang boleh di lakukan untuk bersaing dengan blog bereputasi tinggi dengan menerapkan penggunan long tail keyword (kata kunci panjang) pada setiap artikel.
Di sini saya berikan contoh kata kunci pendek dan kata kunci panjang. Anggaplah anda bersaing dengan kata kunci tudung bawal, dan blog bereputasi tinggi hanya perlu menggunakan keyword yang pendek sahaja manakala anda memerlukan sedikit kreativiti untuk membentuk kata kunci yang panjang menjadi tudung bawal yang murah dan cun, barulah anda berpeluang untuk berasing dengan blog bereputasi tinggi tersebut.
Trending yang saya dapat lihat pada tahun 2014 ini bagi membolehkan artikel anda berada utuh di top SERP adalah dengan bantuan Google+. Ya google plus adalah sangat penting dan sangat membantu anda untuk mendapatkan backlink secara percuma. Backlink dari Laman social adalah sangat penting kerana ia turut menjadi ukuran untuk berada di top SERP. Pastikan template blog anda mengandungi widget/plugin laman sosial yang membolehkan pembaca berkongsi kandungan artikel anda di laman sosial.
Walaupun anda tidak melakukan Optimasi On Page semaksimum yang mugkin, dengan sokongan backlink yang beratu mahupun beribu anda masih mampu berada di kedudukan yang terbaik di Search Engine Result Page. Itu sahaja ulasan ringkas mengenai usia blog di mata google.