Tutorial kali ini adalah kesinambungan daripada tutorial cara daftar blogspot. Setelah anda selesai mendaftar atau membina blog anda pada blogspot, langkah seterusnya yang perlu di lakukan adalah dengan menghasilkan entri atau artikel pada blog anda.
Bagaimana menghasilkan entri/artikel dalam blog?
Menghasilkan artikel atau content adalah berdasarkan kreativiti anda sendiri dari segi olahan ayat dan sebagainya. Apa yang ingin saya tujukkan dalam tutorial ini adalah bagaimana cara untuk kita publish artikel yang anda hasilkan.Penghasilan artikel adalah perkara yang paling asas dalam blogging. Jika tiada entri yang di hasilkan anda tidak di panggil blogger tetapi blogkosong kerana blog langsung tidak terdapat sebarang artikel.
Mari kita ikuti cara-cara untuk post artikel dalam blog anda:
Langkah 1:
Login ke account blogspot anda di www.blogger.com
Masukkan email dan password blog anda yang anda sudah daftarkan.
Langkah 2:
Klik Create New Post Pada Dashboard blogspot anda.
Langkah 3:
Masukkan tajuk entri/artikel anda pada ruangan antaramuka yang di sediakan.
Masukkan tajuk artikel >> Tulis kandungan artikel anda >> Letakkan Label (jika perlu) >> Klik Publish.
Artikel anda kini boleh di layari oleh rakan2 anda setelah anda klik publish.
Langkah 4 (Optional):
Langkah 4 adalah optional buat anda jika anda mahu view artikel anda klik view. Jika anda kurang berpuas hati dengan artikel yang anda hasilkan klik edit dan publish semula. Jika anda menyampah dengan artikel anda klik delete. Seterusnya jika anda ingin share artikel anda di google + klik Share.
Mudah Bukan? Selamat Mencuba