Thursday, 30 January 2014

Cara Letak Video Youtube Ke Dalam Blog

Dalam tutorial bina blog ini kita akan mempelajari bagaimana memasukkan video youtube ke dalam artikel/post yang terdapat pada blog anda.

Meletakkan video youtube ke dalam blog anda dapat menjadikan pengunjung blog anda tidak bosan dalam masa yang sama pengunjung blog anda tidak perlu ke youtube lagi.

Sebagai contoh jika anda post lirik lagu anda perlu selitkan mozik video dari youtube supaya pengunjung blog anda dapat tengok MV sambil nanyikan liriknya.

Mari kita lihat bagaimana masukkan youtube video ke dalam blog:

Langkah 1:
Login Ke Account Blogspot anda. Klik Create new post

Langkah 2:
Pergi ke Laman Youtube. Search video yang anda mahu masukkan ke dalam blog anda
 Dah jumpa video yang anda mahu masukkan? Klik pada bahagian share.

Langkah 3:
Klik Share, Kemudian klik Embed. Kod embed adalah kod yang perlu anda copy dan di letakkan di artikel anda.
Cara Letak Video Youtube Ke Dalam Blog

Langkah 4:
Klik HTML pada post yang anda mahu masukkan youtube video

Langkah 5:
Klik Compose setelah anda masukkan embed kod dari youtube.
Cara Letak Video Youtube Ke Dalam Blog
Anda boleh mengubah pada bahagian lebar dan tinggi video youtube tersebut. Untuk bahagian lebar saya sarankan agar anda masukkan 100% kerana ia akan fit video youtube tersebut berdasarkan kelebaran template blog anda pada sesebuah artikel.

Langkah 6:
Setelah anda klik compose ia akan kelihatan seperti berikut
Cara Letak Video Youtube Ke Dalam Blog
Setelah itu klik Publish.

Mudah bukan? Selamat Mencuba...
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner

Delivered by FeedBurner